USAHAWAN PRODUK MAKANAN (Menjual Ayam Gunting & Roti John)

Nama : NUR ATIKAH BINTI RAHIM
Umur : 27  Tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Atikah merupakan usahawan yang dibimbing oleh NADI Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual ayam gunting secara kecil-kecilan. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan dengan membuka khemah di tapak perniagaan di hadapan sekolah. Target jualannya hanyalah untuk komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh NADI Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh NADI seperti Kelas Shoppee dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke NADI untuk mendapatkan perkhidmatan permohonan pembiayaan keusahawanan. Beliau juga telah menambah produk perniagaan menjual Roti John. Perniagaan juga telah meluas dengan membuka booth perniagaan di tapak pasar malam sekitar Jempol.

 


2   33

USAHAWAN PRODUK MAKANAN (MAKANAN)

Nama : SITI HAWA BINTI ABD RAHIM
Umur : 25  Tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Hawa merupakan usahawan yang dibimbing oleh NADI Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp Bussiness. Beliau mempunyai menjual air balang dan buah potong. Selain itu, beliau juga menerima tempahan air balang untuk kenduri dan majlis-majlis jamuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual kuih bangkit dan membuka tempahan dan dihantar ke rumah pelanggan. Selain itu, beliau hanya menerima tempahan daripada kakaknya untuk dipasarkan jualannya di sekitar Lembah Klang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh NADI Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh NADI seperti Kelas Canva dan Kelas Shopee. Beliau juga telah mahir memasarkan produknya menggunakan platform digital dan membuat labe produk keluarannya.

 


12   

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Qisha Ufaira Binti Azrulnizar
Umur : 6 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Qisha merupakan cucu peneroka Felda Palong 10. Dia berusia 6 Tahun dan bersekolah di Prasekolah SK Palong 9 (F). Selain itu, beliau seorang yang aktif dan sudah pandai membaca dan mengira walaupun baru 6 tahun. Beliau sering hadir ke PEDi Felda Palong 11 untuk menggunakan PC bagi mengikuti kelas E-Pembelajaran

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Qisha sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer dan hanya mahir menggunakan telefon pintar sahaja. Dia mula mendaftar sebagai Ahli Berdaftar PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Qisha sering hadir ke PEDi Felda Palong 11 terutamanya pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau juga suka mengikuti kelas-kelas ICT, STEM dan E-Pembelajaran yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Selain itu, dia juga telah mahir menggunakan tetikus dan mahir menaip menggunakan papan kekunci (keyboard).

 

qiss.png

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Haidatul Aqmar Binti Roslan
Umur : 15  tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Aqmar merupakan cucu peneroka di Felda Palong 10. Beliau seorang murid yang aktif dan memegang jawatan sebagai Pengawas Perpustakaan di SMK Alam Beraja. Beliau juga aktif menyertai program-program ICT khususnya yang dijalankan di NADI Felda Palong 11.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer dan hanya memohon khidmat bantuan daripada petugas NADI sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menjadi ahli NADI, beliau telah terlibat dengan kelas Microsoft Office dan kelas asas Canva. Beliau juga telah mahir menggunakan menaip dan menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja berkaitan persatuannya. Kini beliau telah mahir membuat minit mesyuarat dan kertas kerja sendiri dengan bimbingan daripada petugas NADI.

aqmaq1 aqmaq2

USAHAWAN PRODUK KUIH MUIH TRADISIONAL (KUIH BANGKIT)

Nama : RAHAYU BINTI ABU BAKAR
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Rahayu merupakan usahawan yang dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp Bussiness. Beliau mempunyai kemahiran membuat kuih bangkit tradisional resipi turun menurun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual kuih bangkit dan membuka tempahan dan dihantar ke rumah pelanggan. Selain itu, beliau hanya menerima tempahan daripada kakaknya untuk dipasarkan jualannya di sekitar Lembah Klang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Shopee. Beliau juga telah mahir memasarkan produknya menggunakan platform digital dan membuat labe produk keluarannya.

ayubakar.png