BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Adriana Danisha binti Mohd Razya   
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Adriana seringkali datang ke Pusat Internet Felda Palong 11untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi mempelajari  asas Komputer dan sering mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya kurang mahir kerana hanya mengenali dunia teknologi maklumat dari sekolah dan tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.

USAHAWAN BAGI PERKHIDMATAN PA SYSTEM (DJ Penghibur Semalaya)

Nama : Mohd Nor Shahibudin bin Jahim       
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pekerja ladang FELDA Palong 18 yang sangat meminati bidang hiburan dan terlibat secara langsung dengan DJ karaoke dan majlis-majlis keraian. Kerjaya sampingan dalam bidang hiburan karaoke memerlukan capaian internet untuk mendapatkan maklumat lagu-lagu baru dan seni persembahan sebagai seorang DJ. Beliau memamfaatkan kemudahan internet di Pusat Internet 1 Malaysia Palong 11 untuk menambahkan pengetahuan dan berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan blog, facebook, twitter dan laman social yang lain untuk berinteraksi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan tawaran untuk menjadi DJ karaoke agak nipis di kawasan perdalaman ini.Beliau menganggap Pekerjaan sambilan beliau hanya sekadar mengisi masa lapang  semasa cuti bekerja.Beliau tiada basic pengatahuan tentang ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pekerja masa lapang beliau semakin kerap komuniti menggunakan perkhdmatan beliau sebagai DJ karaoke di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis seakatannya. Kehadiran beliau dalam kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI telah menjadikan beliau leboh mahir dalam mengendalikan laman social dengan baik dan teratur. Teknik dan cara penyampaian sebagai seorang DJ juga bertambah baik dengan streaming learning melalui YOUTUBE.

Capture

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Hanapiah bin Ahmad              
Umur : 60 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau merupakan peneroka asal palong 11. Sebelum mengenali Pusat Internet, Beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang komputer dan internet. Beliau juga seorang peternak arnab dan pembekal arnab untuk tujuan ternakan serta manakan. Oleh disebabkan tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai internet dan komputer, beliau telah mendatangi pusat internet untuk menghadiri kelas-kelas percuma anjuran Pusat Internet .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering hadir ke PI untuk menggunakan khidmat yang disediakan, beliau juga sering menghadiri kelas yang di adakan oleh pihak PI. Dari Seorang yang “Zero” dalam ilmu ICT,Kini beliau boleh dikatakan seorang yang mahir dan menguasai pelbagai ilmu Ict dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Beliau  mahir menggunakan komputer dan Ict beliau sering hadir ke PI untuk memahirkan diri mempelajari Blog,Facebook dan Dashboard my shop untuk memasarkan produk arnab Beliau.Matlamat Beliau melibatkan diri untuk belajar ICT adalah memasarkan peternak arnab beliau.

USAHAWAN MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK

Nama : Muhd Faris bin Zainal                  
Umur : 23 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau merupakan belia FELDA Palong 11 yang baru menamatkan pembelajaran diperingkat sekolah menengah. Beliau menggunakan perkhidmatan internet di PI untuk mempelajari teknik untuk membaiki peralatan elektronik seperti telefon pintar dan computer. Tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas dan maklumat berkaitan melalui internet, beliau kini mampu membaiki pelbagai model talifon pintar malah mampu menjadikan hobi beliau sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering hadir ke PI untuk menggunakan khidmat yang disediakan, beliau juga sering menghadiri kelas yang di adakan oleh pihak PI. Daripada beliau tidak dunia peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer hingga beliau mahir baikinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pencapaian ini juga memberi peluang kepada beliau menyerlahkan bakat yang beliau miliki.. Beliau mempunyai facebook page sendiri bagi mempromosikan perkhidmatan beliau. Selain itu, beliau juga mengumpulkan maklumat berkaitan peralatan lain dengan facebook yang beliau miliki.

6

USAHAWAN PERNIAGAAN LIZA INAI ART

Nama : Norliza binti Abd Karim                  
Umur : 27 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau seorang yang sangat meminati bidang kecantikan dan seni lukisan sejak kecil. Beliau mula membabitkan diri dari sejak umur 25 tahun secara serius sebagai pelukis inai. Setelah memulakan perniagaan berasaskan inai, beliau menerima permintaan baru yang boleh menghasilkan keuntungan iaitu perkhidmatan penyediaan pelamin. Beliau mendapati ianya mempunyai permintaan yang tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelanggan beliau hanya terdiri dari rakan-rakannya serta kenalan kepada rakannya. Pemasaran yang berjalan hanya dari mulut ke mulut bagi mereka yang telah mendapatkan khidmat Liza. Hal ini menyebabkan perniagaan pelamin bajetnya tidak pergi lebih jauh dan hanya tertumpu di kawasan Felda Palong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelamin bajetnya. Pelanggannya terdiri daripada bakal raja sehari dan ibu bapa yang ingin membuat majlis aqiqah.

ss2q3