USAHAWAN PRODUK KEPERLUAN HARIAN

Nama : Normaslizawana binti Tegoh
Umur : 37 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet Komuniti(PIK) pada tahun 2015. Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong 11 yang mempunyai minat yang amat mendalam dalam  menjalankan perniagaan produk keperluan harian sambil menjana pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PIK dan terlibat dengan aktiviti di PIK, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan kemahiran dalam pemasaran dalam talian. PIK banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan menyediakan kelas keusahawanan yang bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai medium pengiklanan yang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PIK serta kelas ICT dan kelas pemasaran dalam talian. kemahiran  pemasaran dan kaedah pengiklanan saya lebih meluas. Kini kaedah pemasaran semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PIK membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Kak Eja Barang Keperluan

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Aidil Hafis Sebun 
Umur : 11 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Aidil seringkali datang ke Pusat Internet Komuniti Felda Palong 11 untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Komuniti bagi mempelajari  asas Komputer dan sering mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya kurang mahir kerana hanya mengenali dunia teknologi maklumat dari sekolah dan tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Komuniti Felda Palong 11, saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.

USAHAWAN PAKAIAN WANITA, SUPRISE BOUQUET DAN KEK BAJET

Nama : Nurul Hanifah binti Sulaiman
Umur : 27 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong yang mempunyai minat yang amat mendalam menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual pakaian wanita seperti tudung jenama souk, sarung tangan dan beliau juga ada membuat surprise bouquet dan kek bajet untuk dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penggunaan sesuatu produk melalui video youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil jualan meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan.

Hanifah

USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN

Nama : Nor Fazidah binti Mustafa
Umur : 39 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong 11  yang mempunyai minat yang amat mendalam dalam  menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman seperti makanan pagi iaitu nasi goreng berlauk, pelbagai aneka cup cake dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menyediakan perkhidmatan katering dan tempahan makanan sebagai sumber pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan kemahiran dalam pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan menyediakan kelas keusahawanan yang bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai medium pengiklanan yang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI.

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT dan kelas pemasaran dalam talian. kemahiran  pemasaran dan kaedah pengiklanan saya lebih meluas. Kini kaedah pemasaran semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Fazidah

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Nurul Nisa Safieya binti Jafari  
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Nisa seringkali datang ke Pusat Internet Felda Palong 11 untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi mempelajari  asas Komputer dan sering mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya kurang mahir kerana hanya mengenali dunia teknologi maklumat dari sekolah dan tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.