USAHAWAN ( PERKHIDMATAN BEKAM )

Nama : Rahimah binti Rosli          
Umur : 37 tahun
Ahli : 2009

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang belia yang mempunya kemahiran menjalankan perkhidmatan bekam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunanaan ict. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perkhidmatannya semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI memmbantu untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggannya.

34

USAHAWAN BARANGAN KESIHATAN

Nama Nur Aishah binti Ismail 
Umur : 26 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan belia yang menjalankan perniagaan dengan menjadi agen produk kepada beberapa produk.Beliau meminati bidang perniagaan kerana mempunyai masa yang lapang dan sesuai dengan statusnya sebagai suri rumah tangga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunanaan ict. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perkhidmatannya semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI memmbantu untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggannya.

12

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Luqman Nur Hakim bin Ali 
Umur : 16 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan antara ahli yang aktif di PI1M Palong 11. Selain dari itu, beliau komited membantu sebarang aktiviti yang di jalankan di PI1M Palong 11.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum kewujudan PI1M di Palong 11, beliau tidak mengetahui mengenai ICt dan komputer. Hal ini kerana ianya memerlukan kos yang tinggi dan menyukarkan ibu bapanya untuk menyediakan kemudahan sedimikian. Selain dari itu, proses pembelajarannya juga hanya bergantung pada buku-buku dan perpustakaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Oleh kerana beliau aktif menyertai aktiviti anjuran PI1M, kami mendapati bahawa beliau menggunakan kemahiran tersebut untuk memudahkan urusan pembelajarannya. Kini, beliau lebih mudah untuk mendapatkan maklumat di internet dan meluaskan lagi sumber dapatan maklumat untuk tujuan pembelajaran beliau.