PENGUSAHA TANAMAN PELBAGAI SAYUR-SAYURAN

Nama : Sarimah binti Ngahadi
Umur : 56 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet sejak tahun 2017. Beliau merupakan isteri peneroka Felda Palong 11  yang mempunyai minat mendalam bidang penanaman  pelbagai  jenis sayur-sayuran di rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penjagaan dan penanaman sayur-sayuran melalui video youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil penanaman sayur-sayuran semakin meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan sayur-sayurannya.

Sarimah

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Maznah bt Mohd Lihin  
Umur : 58 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet Felda Palong 11  pada tahun 2014. Beliau merupakan warga emas yang rajin menghadiri  kelas ICT mahupun keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Palong 11.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya tidak mengenali dunia teknologi maklumat kerana tiada pendedahan dari sesiapa memandangkan umur sudah lanjut. Saya juga tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet seperti FB, Whatsapp web dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik serta menggunakannya sebagai medium keusahawanan dan kehidupan seharian.

 

USAHAWAN PERKHIDMATAN SRS TOPUP DAN PEMBAYARAN BIL

Nama : Ezren binti Ahmad
Umur : 31 tahun
Ahli : 2009

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau  merupakan salah seorang belia yang mempunyai kemahiran menjalankan perkhidmatan SRS Topup dan pembayaran bil kepada semua komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perkhidmatannya semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Ezren

USAHAWAN JUALAN PELBAGAI JENIS KEK DAN BROWNIES

Nama : Noorul Erfa Fariha binti Mohd Shah
Umur : 29 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang belia dan anak peneroka generasi kedua menjalankan perniagaan jenis makanan seperti kek,pavlova,pudding, brownies dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan ict dan pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan memasarkan produk menggunakan pelbagai platform.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perniagaanya bertambah baik. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah juaalan dan pelanggannya.

Erfa

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Nurhidayu binti Ngadiman  
Umur : 27 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Hidayu seringkali datang ke Pusat Internet Felda Palong 11untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi mempelajari  asas Komputer dan sering mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya kurang mahir kerana hanya mengenali dunia teknologi maklumat dari sekolah dan tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik serta menggunakannya sebagai medium pembelajaran.