BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Nur Amyra Batrisya binti  Abdullah  
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Amyra seringkali datang ke Pusat Internet Felda Palong 11untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi mempelajari  asas Komputer dan sering mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya kurang mahir kerana hanya mengenali dunia teknologi maklumat dari sekolah dan tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.

USAHAWAN PRODUK KOSMETIK DAN KESIHATAN

Nama : Nazira binti Idris
Umur : 27 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet sejak tahun 2017. Beliau merupakan belia Felda Palong 11 yang mempunyai minat mendalam bidang perniagaan beberapa jenis produk antaranya produk kosmetik & kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penggunaan sesuatu produk melalui video youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil penanaman sayur-sayuran semakin meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan sayur-sayurannya.

Nazira

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Norlizah binti Rashid  
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet Felda Palong 11  pada tahun 2019. Beliau merupakan salah seorang belia Felda Palong 10 yang rajin menghadiri  kelas ICT mahupun keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Palong 11.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya tidak mengenali dunia teknologi maklumat kerana tiada pendedahan dari sesiapa memandangkan umur sudah lanjut. Saya juga tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet seperti Email, FB, Whatsapp web dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik serta menggunakannya sebagai medium keusahawanan dan kehidupan seharian.

USAHAWAN PRODUK BERASASKAN MADU DAN AYAM HUTAN

Nama : Normaslizawana binti Tegoh
Umur : 36 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet pada tahun 2015. Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong 11  yang mempunyai minat yang amat mendalam dalam  menjalankan perniagaan produk berasaskan madu dan ayam hutan bersama suaminya sebagai sumber pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan kemahiran dalam pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan menyediakan kelas keusahawanan yang bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai medium pengiklanan yang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT dan kelas pemasaran dalam talian. kemahiran  pemasaran dan kaedah pengiklanan saya lebih meluas. Kini kaedah pemasaran semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Kak Eija

 

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN KOSMETIK

Nama : Nurul Noor Fatihah binti Ahmad
Umur : 30 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet pada tahun 2019. Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong 11  yang mempunyai minat yang amat mendalam dalam  menjalankan perniagaan produk berasaskan kesihatan dan kosmetik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan kemahiran dalam pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan menyediakan kelas keusahawanan yang bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai medium pengiklanan yang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT dan kelas pemasaran dalam talian. Kemahiran  pemasaran dan kaedah pengiklanan saya lebih meluas. Kini kaedah pemasaran semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniiti.

Fatihah