USAHAWAN  PERKHIDMATAN MENJAHIT

Nama : Norlizah Binti Abd Rashid
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Norlizah merupakan usahawan PEDi FELDA Palong 11 yang dibimbing sepenuhnya oleh Rakan Digital daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan perkhidmatan di media sosial seperti Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menerima tempahan baju daripada komuniti setempat sahaja. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan memandangkan beliau mempunyai kemahiran untuk membuat pelbagai jenis fesyen baju lelaki dan perempuan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh Rakan Digital untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Shopee. Beliau menerima tempahan beju khususnya pada musim perayaan dan tempahan baju pengantin juga. Pelanggan beliau bukan sahaja daripada komuniti setempat juga daripada sahabat Facebook di Kuala Lumpur dan Segamat.

Fatin Nutrilite