KEDUDUKAN LOKASI NADI FELDA PALONG 11

                  mercunn

 

NADI Felda Palong 11, merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang terdapat di Negeri Sembilan. Ianya dibina bertujuan untuk memberi kemudahan perkhidmatan berasaskan komputer dan maklumat terkini kepada penduduk setempat dan sekitarnya. Bagi memastikan matlamat penubuhan NADI Felda Palong 11 tercapai, maka kami menawarkan penggunaan internet secara percuma  setelah menjadi ahli. Di samping itu, kami juga menyediakan kelas ICT secara percuma bagi setiap ahli yang berminat. Untuk menjadi ahli, yuran yang dikenakan adalah serendah RM 5 seumur hidup. NADI ini terletak di Mukim Rompin, Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia juga terletak berhampiran dengan Pusat Bandar palong 4,5,6 dan berdekatan dengan Palong 12,13,14,15,16,17 & 18.

Ironinya, NADI Felda Palong 11, Rompin, Negeri Sembilan telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2009. Pada Ogos 2014 NADI ini telah dinaiktaraf dan telah beroperasi semula pada Januari 2015. Palong 11 terletak di bawah kawasan Daerah Jempol iaitu daerah yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 138,569.25 hektar dan mempunyai penduduk seramai 122,814 orang. Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau.

Palong  11 juga adalah sebuah kawasan yang terletak di bahagian timur Negeri Sembilan dan bersempadan dengan Daerah Jelebu dan Kuala Pilah di sebelah timur. Mukim-mukim yang berhampiran dengan Palong Sebelas ialah Mukim Rompin, Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Hilir, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol. NADI Felda Palong 11 adalah bertempat di bersebelahan Balai Raya/Koperasi Felda Palong 11 Negeri Sembilan. NADI Felda Palong  11 turut menjadi tumpuan penduduk Felda Palong 9 dan 10.Ini kerana Penduduk Felda Palong 9,10 & 11 penduduk berkelompok. Terdapat  2150 orang peneroka menetap di Felda Palong 9,10 dan 11.

              NADI Felda Palong  11 adalah di bawah jagaan Nur Syazeera Binti Wahid sebagai pengurus dan Muhammad Syahir Bin Bahrom sebagai penolong pengurus. 

 

  KEDUDUKAN LOKASI NADI FELDA PALONG 11

Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau. Jarak antara Bahau dengan Kuala Pilah ialah 21 km. Setiap Jalan Mempunyai signboard Tunjuk Arah Ke Lokasi NADI Felda Palong 11.

 

AHLI PARLIMEN DAERAH JEMPOL

Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Profile Ahli Dewan

YB Dato' Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli 

 

ADUN PALONG

                                                                         

YB Tn Hj Mustafa Bin Nagoor