PENDIDIKAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Beraja (Atau dikenali dahulu sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas atau SMKPSe) , ditubuhkan pada sesi persekolahan 1996, 4 Disember 1995. Ketika itu, sekolah ini menumpang di bangunan SK Palong Empat Belas. Sesi persekolahan tahun tersebut dijalankan dengan dedikasi 11 orang guru tetap dan 3 orang guru sandaran dan mengajar 28 orang murid Tingkatan Satu.

Mulai sesi 1997, bangunan di tapak sekarang telah mula dimasuki dan digunakan. Sesi yang bermula pada 6 Januari ini memenuhi impian penduduk sekitar dengan prasarana yang lengkap serta ruang yang mencukupi. Sesi ini mengumpulkan semua lepasan Sekolah Kebangsaan Palong Sembilan, Palong Dua Belas dan Palong Empat Belas serta pelajar dari Tembangau, Pahang dan Serting Hilir Kompleks sebagai penghuni pertama. Sesi ini melihat pertambahan guru menjadi 60 orang serta dibantu 8 orang kakitangan sokongan.

Tuan Haji Razak bin Abu Samah merupakan pengetua pertama yang berkhidmat mulai sesi persekolahan 1996 hingga 31 Januari 1996, kemudian diterajui pula oleh Tuan Haji Alias bin Tijad mulai 1 Februari 1996 hingga 31 Oktober 1998. En. Zakaria bin Md Zin mengambil alih mulai 1 November 1998, selama setahun sehinggalah 15 November 1999 dan diganti oleh Puan Maznah binti Yusof pada 16 November 1999 hingga 31 Januari 2001. Era berikutnya diterajui pula oleh En. Mohd Isah bin Ismail mulai 1 Februari 2001 hingga 20 Ogos 2004, Puan Hamidah binti Burok mengambil giliran sebagai pengetua mulai 1 November 2004 hingga 31 Mei 2007, kemudian jawatan pengetua yang ketujuh ini diterajui pula oleh Tuan Haji Ab. Kadir bin Nordin mulai 1 Jun 2007 hingga      Mac 2010 dan jawatan beliau telah diambil alih oleh Pn. Rosni binti Rosli mulai Mac 2010 hingga sekarang.

Perubahan demi perubahan telah dilakukan kepada sekolah ini, kini SMK Alam Beraja mempunyai 2 buah asrama harian untuk putera dan puteri dengan 4 orang warden dan 1 orang penyelia, juga pada tahun ini seramai 72 orang guru telah menabur bakti beserta 12 orang staf sokongan.Sekolah ini juga telah mewujudkan kelas KRK dan aliran Bahasa Arab (KAA) disamping terdapat kelas bagi murid berkebolahan dalam Kokurikulum iaitu bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. Sekolah ini juga telah murid berkemahiran vokasional melalui kelas MPV.

Kejayaan kecemerlangan murid dalam bidang Kokurikulum telah terbukti melalui pencapaian pelbagai peringkat daripada aktiviti yang disertai malahan pencapai murid dalam Kurikulum juga boleh dibangga daripada keputusan PMR dan SPM hasil usaha gigih dan semangat tinggi guru sekolah ini bagi menabur ilmu dan bakti kepada kawasan Palong.

Pihak sekolah sentiasa merealisaikan harapan dan cita-cita yang ingin menjadikan sekolah ini tempat bermulanya segala hasrat dan perjuangan hidup, permata akan terus dilahirkan walau penat dan jerih bukan jadi penghalang supaya Visi sekolah tercapai. Sekolah ini sinilah semuanya berrmula. 

 

Sekolah ini dibina pada tahun 1986 di Gugusan Felda Palong 9, 10 dan 11. Pada awal pembinaannya, sekolah ini tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Malahan, guru-guru juga menghadapi kesukaran tempat tinggal kerana tiada rumah sewa yang dibina di kawasan perkampungan FELDA ini.

Selain daripada itu, jalan raya di kawasan perkampungan FELDA ini juga masih belum di turap. Ini menyukarkan perjalanan keluar masuk ke kawasan ini. Namun, pada tahun 2008, kerajaan telah bercadang untuk membina dua buah banggunan baharu untuk memberi keselesaaan kepada warga sekolah

Kini, sekolah ini bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, malahan sekolah ini semakin CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG dari segi kurikulum dan kokurikulum setanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

Sekolah ini diketuai oleh Guru Besarnya En Mohd Taufik Bin Awap dan mengiringi 38 orang Cikgu yang mengajar di Sekolah ini