ASAL USUL FELDA

Pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah titubuhkan . Kini  ia  lebih dikenali  sebagai FELDA, iaitu Federal Land Development Authority. FELDA merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah. Pada tahun 1960 diluluskan Group Settlement Act, untuk menyelaras semua rancangan kemajuan berkelompok, termasuk FELDA, FELCRA dan Tanah Pinggir. Tujuan utama rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh pelopornya Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan masyarakat desa.Pada ketika itu lebih 60% rakyat desa, kebanyakannya petani kecil, hidup dalam kemiskinan. Menghapus  kemiskinan merupakan tujuan ekonomi. 

 sumber: Sejarah Lisan Perpustakaan Desa

 

SEJARAH FELDA PALONG 11

Tanah Rancangan Felda Palong 11 terletak kira-kira 45 kilometer dari Bandar Gemas dan lebih kurang 50 kilometer dari Bahau. Mula diduduki oleh penduduknya pada tahun 1978 dengan kemasukan peneroka-peneroka daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia iaitu seramai 178 orang. Antaranya dari negeri Johor seramai 27 orang, Kedah 2 orang, Melaka 83 orang, Negeri Sembilan 59 orang, Perak 4 orang, dan Selangor 3 orang. Peneroka di sini 96.8% adalah daripada kalangan orang Melayu, Cina seramai 0.7% dan India pula seramai 2.5%. Bersebelahan Palong 11 ialah Palong 9, Palong 10 dan Palong 18. Jumlah keseluruhan penduduk di Palong 9, 10, 11 dan 18 ialah seramai 3,785 orang termasuk ahli seisi rumah. Rancangan Palong 11 ini dikendalikan oleh Tuan Pengurus Rancangan iaitu Encik Mohd Nazaruddin Bin Alwi dan mempunyai seorang wakil rakyat iaitu YB Tn Hj Mustafa Bin Nagoor (ADUN Kawasan Palong).

Penduduk di sini menyara hidup sebagai peneroka dan menoreh getah untuk mendapatkan pendapatan, di mana setiap peneroka diberi 10 ekar kebun getah untuk diusahakan oleh mereka. Selain itu, ada dalam kalangan peneroka yang menambah pendapatan sampingan dengan mengusahakan perniagaan seperti kedai perabot, andaman, bengkel motorsikal dan kereta, ternakan lembu dan kambing juga tanaman kontan.
Sumber : Maklumat Asas Rancangan FELDA PALONG 9, 10 & 11

 

 

PETA KAWASAN FELDA PALONG 10/11 

 

PETA FELDA PALONG 10

PETA FELDA PALONG 11

Sumber : Maklumat Asas Rancangan FELDA PALONG 9, 10 & 11