USAHAWAN PRODUK MAKANAN (Menjual Ayam Gunting & Roti John)

Nama : NUR ATIKAH BINTI RAHIM
Umur : 27  Tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Atikah merupakan usahawan yang dibimbing oleh NADI Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual ayam gunting secara kecil-kecilan. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan dengan membuka khemah di tapak perniagaan di hadapan sekolah. Target jualannya hanyalah untuk komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh NADI Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh NADI seperti Kelas Shoppee dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke NADI untuk mendapatkan perkhidmatan permohonan pembiayaan keusahawanan. Beliau juga telah menambah produk perniagaan menjual Roti John. Perniagaan juga telah meluas dengan membuka booth perniagaan di tapak pasar malam sekitar Jempol.

 


2   33