USAHAWAN PERKHIDMATAN PA SYSTEM (DJ Penghibur Semalaya)

Nama : Rafi bin Mezali                  
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pekerja ladang FELDA Palong 18 yang sangat meminati bidang hiburan dan terlibat secara langsung dengan DJ karaoke dan majlis-majlis keraian. Kerjaya sampingan dalam bidang hiburan karaoke memerlukan capaian internet untuk mendapatkan maklumat lagu-lagu baru dan seni persembahan sebagai seorang DJ. Beliau memanfaatkan kemudahan internet di Pusat Internet Felda Palong 11 untuk menambahkan pengetahuan dan berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan blog, facebook, twitter dan laman sosial yang lain untuk berinteraksi.

Semenjak menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di PI, penguasaan dalam kerjaya sampingan beliau sangat menggalakkan dan menjadi sebahagian dari mata pencarian bulanan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan tawaran untuk menjadi DJ karaoke agak nipis di kawasan perdalaman ini. Beliau menganggap pekerjaan sambilan beliau hanya sekadar mengisi masa lapang semasa cuti bekerja. Beliau tiada asa pengetahuan tentang ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pekerja masa lapang beliau semakin kerap kerana komuniti menggunakan perkhidmatan beliau sebagai DJ karaoke di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis seakatannya. Kehadiran beliau dalam kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI telah menjadikan beliau lebih mahir dalam mengendalikan laman sosial dengan baik dan teratur. Teknik dan cara penyampaian sebagai seorang DJ juga bertambah baik dengan streaming learning melalui YOUTUBE.

SSQ3

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Halim bin Hashim      
Umur : 20 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Merupakan seorang belia yang aktif dan sangat bijak memanfaatkan masa. Beliau kini giat untuk mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi setelah tamat STPM. Sementara menunggu peluang untuk melanjutkan pelajara, beliau memanfaatkan masanya dengan menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM). Sekaligus membolehkan beliau belajar pelbagai kemahiran untuk dimanfaatkan pada masa hadapan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum kewujudan PI di Palong 11, beliau tidak mengetahui mengenai ICt dan komputer. Hal ini kerana ianya memerlukan kos yang tinggai dan menyukarkan ibu bapanya untuk menyediakan kemudahan sedimikian. Selain dari itu, proses pembelajarannya juga hanya bergantung pada buku-buku dan perpustakaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana beliau aktif menyertai aktiviti anjuran PI, kami mendapati bahawa beliau menggunakan kemahiran tersebut untuk memudahkan urusan pembelajarannya. Kini, beliau lebih mudah untuk mendapatkan maklumat di internet dan meluaskan lagi sumber dapatan maklumat untuk tujuan pembelajaran beliau.

USAHAWAN TUPPERWARE

Nama : Hafizah binti Abdul Wahab   
Umur : 25 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang belia yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk berniaga. Beliau telah menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet untuk membantu perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunanaan ict. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini beliau sudah mula memasarkan produk jualannya melalui laman sosial dan dapat mengurangkan kos pemasaran beliau. Selain itu, urusan jual beli menjadi lebih mudah kerana beliau telah mempelajari teknik-teknik untuk menggunakan perbankan dalam talian. Hal ini memudahkan dan menjimatkan beliau dari keluar ke Bahau atau Gemas untuk urusan perbankan.

USAHAWAN PEMBEKAL CILI DAN ANAK BENIH

Nama : Shahril Afzan bin Abd Rahman  
Umur : 35 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau mempunyai pengalaman bekerja di Kilang Perodua. Namun, rezekinya di sana tidak lama kerana di berhentikan kerja. Oleh kerana beliau mempunyai sikap yang positif dan daya saing yang tinggi, beliau bangkit dengan menjual dan berniaga anak benih pokok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjalankan perniagaan tanpa menggunakan medium digital untuk sebarang transaksi mahupun untuk tujuan merekod dan menyimpan maklumat perniagaannya. Justeru,dengan adanya Pusat Internet, beliau berasa terpanggil untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI Palong 11.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli dan menggunakan perkhidmatan di PI, perniagaan beliau menjadi lebih efisien dan mudah diuruskan. Ianya hasil dari bantuan petugas untuk memudahkan beliau untuk menguruskan maklumat pelanggan mahupun rekod keuntungan perniagaan beliau. Beliau dilatih dan mahir untuk menggunakan perbankan dalam talian dan laman social untuk tujuan pemasaran.

shahril

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Noranida binti Zainal      
Umur : 17 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nur Anida merupakan seorang pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Alam Beraja. Tahun ini merupakan tahun yang penting buat dirinya kerana beliau akan menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum kewujudan Pusat Internet, beliau hanya ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Desa berhampiran untuk tujuan mengulangkaji pelajaran. Di sana jugalah menjadi tempat beliau untuk mencari maklumat berkaitan dengan akademiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah wujudnya Pusat Internet di Felda Palong 11, beliau segera mendaftarkan ahli untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Beliau komited menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas. Selain dari itu, urusan untuk mendapatkan maklumat berkaitan matapelajarannya menjadi semakin mudah dengan ada kemudahan internet.