USAHAWAN PRODUK MAKANAN SANTAN SEGAR DAN CENDAWAN

Nama : Norazninani Binti Jamil
Umur : 43 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Norazninani merupakan usahawan yang dibimbing sepenuhnya oleh PEDi Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual santan segar segar secara kecil-kecilan. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan dengan menyewa bangunan untuk kedai bagi pemprosesan santan. Selain itu, beliau juga mengusahakan penanaman cendawan bersama suami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Pengurusan Kewangan Perniagaan. Beliau menerima tempahan santan segar yang banyak pada musim perayaan dan kenduri-kenduri di sekitar Palong 12&13. Beliau juga membuka booth jualan di Pasar Tani. Antara produk yang dijual adalah santan, cendawan dan sayur campur yang telah siap dibungkus

nani.png