PERLANCONGAN
Di Felda Palong 11 tidak terdapat aktiviti perlancongan mahupun kebudayaan yang menarik kerana di sini adalah kawasan penempatan dan pertanian. Namun begitu, penduduk Felda Palong 11 akan melawati tempat perlancongan yang berhampiran. Antaranya ialah :-
- Taman Air Mini Felda Palong 5 12km dari Felda Palong 11
Air Terjun Jeram Panjang - 15 kilometer dari Felda Palong 11.- Hutan Lipur De Bana - 50 kilometer dari Felda Palong 11.
- Teratak Za'ba - 40 kilometer dari Felda Palong 11
- Hutan Lipur Jeram Tengkek - 58.2 kilometer dari Felda Palong 11
- Hutan Lipur Jeram Toi – 60Kilometer dari Felda Palong 11
- Gunung Angsi Kuala Pilah – 90kilometer dari Felda Palong 11
- Air Terjun Jeram Gading – 100kilometer dari Felda Palong 11
TAMAN AIR MINI FELDA PALONG 5
Di Felda Palong 5 terdapat satu tarikan baru untuk pengnjung luar iaitu Taman Air Mini di Felda Palong 5.
HUTAN LIPUR DE BANA
Hutan Lipur De Bana atau kini telah dikenali sebagai Kem Latihan Khidmat Negara. Hutan Lipur De Bana terletak di kawasan Lui dan sebahagian daripada hutan simpanan Pasoh yang berada di ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Sebaik sahaja pengunjung masuk ke kawasan ini, kita boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur ini. Di sebelah kanannya pula terdapat 'dinding' batu setinggi hampir 5-6 meter merentangi kawasan ini.
HUTAN LIPUR JERAM TOI
Nama Jeram Toi . Asal nama Toi adalah daripada nama Tok Batin Orang Asal yang menghuni kawasan hutan ini pada masa dahulu iaitu Tok Batin Toi . DARAT Terdapat 3 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu: Seremban - Kuala Klawang Jempol - Simpang Pertang Genting Peras – Titi Dari Seremban – Air Terjun Jeram Toi Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke Air Terjun Jeram Toi dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja . Dari Jempol – Simpang Pertang Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang melalui jalan Bukit Petasih ke pekan Kuala Klawang untuk ke Jeram Toi dan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan. Dari Genting Peras – Titi Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau untuk terus ke Jeram Toi . Sesuai untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu atau cuti sekolah ini dengan kos yang rendah .
AIR TERJUN JERAM GADING
Jeram Gading terletak di Jelebu Negeri Sembilan. Jaraknya daripada Kajang atau Ampang melalui jalan Hulu Langat tidak sampai 60 kilometer. Kampung yang paling hampir dengan Jeram Gading adalah Kampung Chennah.
Terdapat sebuah resort kepunyaan Majlis Daerah Jelebu yang boleh disewa untuk penginapan di sana. Anda boleh menikmati air sungai yang sejuk mengalir deras yang ada di sebelah kawasan resort tersebut. Sesuai untuk kunjungan sekeluarga dan jangan lupa bawa makanan yang mencukupi ke sana.
TERATAK ZA'BA BATU KIKIR
Teratak Za’ba, yang dibina sejak tahun 2001 merupakan muzium berunsurkan pendidikan.Ia sebagai menghargai jasa dan sumbangan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.Muzium itu dibangunkan hasil cetusan idea Budayawan,Tan Sri Samad Idris selepas melawat rumah penyair Inggeris William Shakespeare di Stratford-Upon-Avon,England.Fokus Perlancongan dan Alam Sekitar hari ini melihat keunikan muzium tersebut bersama wartawan TETITIA YUSOFF.
Alamat dan Direktori:-
Teratak Za'ba
Batu Kikir, Jempol
Tel/Fax : 06-498 5193
HUTAN LIPUR JERAM TENGKEK
Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, disini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.
GUNUNG ANGSI KUALA PILAH
Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan GunungTampin.