USAHAWAN PRODUK MAKANAN RINGAN DAN AIR MILKSHAKE

Nama : Nur Syafiqah Binti Zainal
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Syafiqah merupakan usahawan yang dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok. Beliau merupakan seorang usahawan muda yang berminat memulakan perniagaannya dengan dorongan daripada suami dan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual kuih dan membuka tempahan dan dihantar ke rumah pelanggan. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan disebabkan ayah mertuanya menyediakan satu bangunan kedai untuk diusahakan olehnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Shopee. Beliau menerima juga mengusahakan makanan tengah hari selain kuih muih serta minuman petang di gerainya.

Fatin Nutrilite