BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Qisha Ufaira Binti Azrulnizar
Umur : 6 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Qisha merupakan cucu peneroka Felda Palong 10. Dia berusia 6 Tahun dan bersekolah di Prasekolah SK Palong 9 (F). Selain itu, beliau seorang yang aktif dan sudah pandai membaca dan mengira walaupun baru 6 tahun. Beliau sering hadir ke PEDi Felda Palong 11 untuk menggunakan PC bagi mengikuti kelas E-Pembelajaran

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Qisha sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer dan hanya mahir menggunakan telefon pintar sahaja. Dia mula mendaftar sebagai Ahli Berdaftar PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Qisha sering hadir ke PEDi Felda Palong 11 terutamanya pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau juga suka mengikuti kelas-kelas ICT, STEM dan E-Pembelajaran yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Selain itu, dia juga telah mahir menggunakan tetikus dan mahir menaip menggunakan papan kekunci (keyboard).

 

qiss.png