USAHAWAN PRODUK MAKANAN SANTAN SEGAR DAN CENDAWAN

Nama : Norazninani Binti Jamil
Umur : 43 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Norazninani merupakan usahawan yang dibimbing sepenuhnya oleh PEDi Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual santan segar segar secara kecil-kecilan. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan dengan menyewa bangunan untuk kedai bagi pemprosesan santan. Selain itu, beliau juga mengusahakan penanaman cendawan bersama suami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Pengurusan Kewangan Perniagaan. Beliau menerima tempahan santan segar yang banyak pada musim perayaan dan kenduri-kenduri di sekitar Palong 12&13. Beliau juga membuka booth jualan di Pasar Tani. Antara produk yang dijual adalah santan, cendawan dan sayur campur yang telah siap dibungkus

nani.png

BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Rahayu Binti Maharudin
Umur : 36  tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Rahayu merupakan belia dan anak peneroka di Felda Palong 11.Beliau seorang belia yang aktif dan memegang jawatan sebagai Ketua Belia di Palong 11. Beliau juga aktif menyertai program-program komuniti khususnya yang dijalankan di PEDi Felda Palong 11.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer dan hanya memohon khidmat bantuan daripada petugas PEDi sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli PEDi, beliau telah terlibat dengan kelas Microsoft Office dan kelas asas Canva. Beliau juga telah mahir menggunakan menaip dan menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja berkaitan persatuannya. Kini beliau telah mahir membuat minit mesyuarat dan kertas kerja sendiri dengan bimbingan daripada petugas PEDi.

 

kakayuu

USAHAWAN PRODUK MAKANAN RINGAN DAN AIR MILKSHAKE

Nama : Nur Syafiqah Binti Zainal
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Syafiqah merupakan usahawan yang dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan produk di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok. Beliau merupakan seorang usahawan muda yang berminat memulakan perniagaannya dengan dorongan daripada suami dan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menjual kuih dan membuka tempahan dan dihantar ke rumah pelanggan. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan disebabkan ayah mertuanya menyediakan satu bangunan kedai untuk diusahakan olehnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh PEDi Felda Palong 11 untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Shopee. Beliau menerima juga mengusahakan makanan tengah hari selain kuih muih serta minuman petang di gerainya.

Fatin Nutrilite

USAHAWAN  PERKHIDMATAN MENJAHIT

Nama : Norlizah Binti Abd Rashid
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Norlizah merupakan usahawan PEDi FELDA Palong 11 yang dibimbing sepenuhnya oleh Rakan Digital daripada pendaftaran SSM sehingga beliau boleh memasarkan perkhidmatan di media sosial seperti Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini hanyalah menerima tempahan baju daripada komuniti setempat sahaja. Pada suatu hari beliau menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan memandangkan beliau mempunyai kemahiran untuk membuat pelbagai jenis fesyen baju lelaki dan perempuan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula dengan mendaftar SSM. Beliau dibimbing oleh Rakan Digital untuk memulakan perniagaan. Beliau juga mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti Kelas Canva dan Kelas Shopee. Beliau menerima tempahan beju khususnya pada musim perayaan dan tempahan baju pengantin juga. Pelanggan beliau bukan sahaja daripada komuniti setempat juga daripada sahabat Facebook di Kuala Lumpur dan Segamat.

Fatin Nutrilite

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN NUTRILITE

Nama : Fatin Hamama Arafah binti Abdullah
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet Komuniti(PIK) Felda Palong 11. Beliau merupakan belia Felda Palong 10 yang mempunyai minat mendalam bidang perniagaan beberapa jenis produk antaranya kesihatan nutrilite.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PIK dan terlibat dengan aktiviti di PIK, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PIK banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penggunaan sesuatu produk melalui penggunaan website produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PIK serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil jualan produk kesihatan nutrilite semakin meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PIK membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan produknya.

Fatin Nutrilite