USAHAWAN PAKAIAN WANITA, SUPRISE BOUQUET DAN KEK BAJET

Nama : Nurul Hanifah binti Sulaiman
Umur : 27 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong yang mempunyai minat yang amat mendalam menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual pakaian wanita seperti tudung jenama souk, sarung tangan dan beliau juga ada membuat surprise bouquet dan kek bajet untuk dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penggunaan sesuatu produk melalui video youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil jualan meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan.

Hanifah