USAHAWAN PRODUK KESIHATAN NUTRILITE

Nama : Fatin Hamama Arafah binti Abdullah
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet Komuniti(PIK) Felda Palong 11. Beliau merupakan belia Felda Palong 10 yang mempunyai minat mendalam bidang perniagaan beberapa jenis produk antaranya kesihatan nutrilite.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PIK dan terlibat dengan aktiviti di PIK, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PIK banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penggunaan sesuatu produk melalui penggunaan website produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PIK serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil jualan produk kesihatan nutrilite semakin meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PIK membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan produknya.

Fatin Nutrilite