USAHAWAN PERKHIDMATAN SRS TOPUP DAN PEMBAYARAN BIL

Nama : Ezren binti Ahmad
Umur : 31 tahun
Ahli : 2009

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau  merupakan salah seorang belia yang mempunyai kemahiran menjalankan perkhidmatan SRS Topup dan pembayaran bil kepada semua komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perkhidmatannya semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Ezren