BELAJAR ICT DAN KOMPUTER

Nama : Norlizah binti Rashid  
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet Felda Palong 11  pada tahun 2019. Beliau merupakan salah seorang belia Felda Palong 10 yang rajin menghadiri  kelas ICT mahupun keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Palong 11.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya tidak mengenali dunia teknologi maklumat kerana tiada pendedahan dari sesiapa memandangkan umur sudah lanjut. Saya juga tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet seperti Email, FB, Whatsapp web dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik serta menggunakannya sebagai medium keusahawanan dan kehidupan seharian.