USAHAWAN PRODUK BERASASKAN MADU DAN AYAM HUTAN

Nama : Normaslizawana binti Tegoh
Umur : 36 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet pada tahun 2015. Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong 11  yang mempunyai minat yang amat mendalam dalam  menjalankan perniagaan produk berasaskan madu dan ayam hutan bersama suaminya sebagai sumber pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan kemahiran dalam pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan menyediakan kelas keusahawanan yang bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai medium pengiklanan yang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT dan kelas pemasaran dalam talian. kemahiran  pemasaran dan kaedah pengiklanan saya lebih meluas. Kini kaedah pemasaran semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Kak Eija