USAHAWAN JUALAN PELBAGAI JENIS KEK DAN BROWNIES

Nama : Noorul Erfa Fariha binti Mohd Shah
Umur : 29 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang belia dan anak peneroka generasi kedua menjalankan perniagaan jenis makanan seperti kek,pavlova,pudding, brownies dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan ict dan pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan memasarkan produk menggunakan pelbagai platform.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perniagaanya bertambah baik. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah juaalan dan pelanggannya.

Erfa