USAHAWAN JUALAN SATEY, AYAM PERCIK DAN NASI HIMPIT

Nama : Fifi Norafinah binti Mokhtar
Umur : 34 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan salah seorang  suri rumah tangga sepenuh masa yang menjalankan perniagaan secara kecik-kecilan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunanaan ict. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini perniagaanya semakin meluas dan banyak menerima tempahan dari warga setempat untuk majlis tertentu. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI memmbantu untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggannya.

Capture3