USAHAWAN PERNIAGAAN LIZA INAI ART

Nama : Norliza binti Abd Karim                  
Umur : 27 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau seorang yang sangat meminati bidang kecantikan dan seni lukisan sejak kecil. Beliau mula membabitkan diri dari sejak umur 25 tahun secara serius sebagai pelukis inai. Setelah memulakan perniagaan berasaskan inai, beliau menerima permintaan baru yang boleh menghasilkan keuntungan iaitu perkhidmatan penyediaan pelamin. Beliau mendapati ianya mempunyai permintaan yang tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelanggan beliau hanya terdiri dari rakan-rakannya serta kenalan kepada rakannya. Pemasaran yang berjalan hanya dari mulut ke mulut bagi mereka yang telah mendapatkan khidmat Liza. Hal ini menyebabkan perniagaan pelamin bajetnya tidak pergi lebih jauh dan hanya tertumpu di kawasan Felda Palong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Palong 11, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelamin bajetnya. Pelanggannya terdiri daripada bakal raja sehari dan ibu bapa yang ingin membuat majlis aqiqah.

ss2q3