USAHAWAN BAGI PERKHIDMATAN PA SYSTEM (DJ Penghibur Semalaya)

Nama : Mohd Nor Shahibudin bin Jahim       
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pekerja ladang FELDA Palong 18 yang sangat meminati bidang hiburan dan terlibat secara langsung dengan DJ karaoke dan majlis-majlis keraian. Kerjaya sampingan dalam bidang hiburan karaoke memerlukan capaian internet untuk mendapatkan maklumat lagu-lagu baru dan seni persembahan sebagai seorang DJ. Beliau memamfaatkan kemudahan internet di Pusat Internet 1 Malaysia Palong 11 untuk menambahkan pengetahuan dan berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan blog, facebook, twitter dan laman social yang lain untuk berinteraksi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan tawaran untuk menjadi DJ karaoke agak nipis di kawasan perdalaman ini.Beliau menganggap Pekerjaan sambilan beliau hanya sekadar mengisi masa lapang  semasa cuti bekerja.Beliau tiada basic pengatahuan tentang ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pekerja masa lapang beliau semakin kerap komuniti menggunakan perkhdmatan beliau sebagai DJ karaoke di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis seakatannya. Kehadiran beliau dalam kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI telah menjadikan beliau leboh mahir dalam mengendalikan laman social dengan baik dan teratur. Teknik dan cara penyampaian sebagai seorang DJ juga bertambah baik dengan streaming learning melalui YOUTUBE.

Capture