USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN

Nama : Rahayu binti Maharudin
Umur : 34 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet. Beliau merupakan anak generasi kedua peneroka Felda Palong 11  yang mempunyai minat yang amat mendalam dalam  menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman seperti makanan pagi iaitu nasi lemak,mi goreng, pelbagai aneka kuih muih dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menyediakan perkhidmatan katering dan tempahan makanan untuk pelbagai majlis sebagai sumber pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan kemahiran dalam pemasaran dalam talian. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan perniagaan beliau dan menyediakan kelas keusahawanan yang bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai medium pengiklanan yang meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT dan kelas pemasaran dalam talian. kemahiran  pemasaran dan kaedah pengiklanan saya lebih meluas. Kini kaedah pemasaran semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.

Kak Ayu