Tujuan 

  • Mempelajari cara-cara menjawab soalan peperiksaan secara atas talian bagi pelajar UNIKL.
   

Aktiviti 

  • Memberi penerangan tentang cara-cara menjawab soalan peperiksaan secara atas talian dan memberi peringatan untuk mematuhi masa yang ditetapkan. Peserta berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik di dalam tempoh masa ditetapkan.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas ini memberi tunjuk ajar berkenaan perbankan dalam talian (Bank Rakyat) menggunakan komputer.

   

Aktiviti 

Peserta dapat mempelajari cara-cara untuk melayari perbankan dalam talian selepas mendapat tunjuk ajar.

Gambar Disini

Tujuan 

  • Kelas ini untuk memberi tunjuk ajar cara reset password akaun gmail kepada para peserta.
   

Aktiviti 

Petugas memberi penerangan asas teknologi maklumat dan komunikasi kepada peserta. Para peserta diajar cara reset akaun gmail yang betul serta cara penggunaannya.

Gambar Disini

Tujuan 

  • Bengkel ini dihadiri 1 orang yang terdiri dari kalangan ahli Pusat Internet Felda Palong 11. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar cara membuat permohonan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang baru (SPA9).
   

Aktiviti 

Peserta diberikan penerangan oleh petugas cara-cara mengisi dan membuat permohonan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA9) yang betul dan baik. Peserta berjaya membuat permohonan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA9) dengan baik sebagaimana yang dikehendaki.

Gambar Disini

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 4 orang peserta. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai platform kedai atas talian iaitu shopee. Laman shopee merupakan salah satu medium perniagaan dan pembelian produk atas talian yang terbaik.

   

Aktiviti 

Peserta diberikan penerangan tentang konsep dan idea berniaga secara atas talian serta petugas menerangkan paltform tersebut boleh dijadikan sebagai platform pembelian dan perniagaan secara atas talian.

Gambar Disini