USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN

Nama Lailatun Aini binti Ibrahim
Umur : 37 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di Pusat Internet sejak tahun 2018. Beliau merupakan belia Felda Palong 11 yang mempunyai minat mendalam bidang perniagaan berasaskan makanan dan minuman seperti kuih muih, burger dan pelbagai aneka minuman.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan Internet dan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan carian maklumat berkenaan penggunaan sesuatu produk melalui video youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program anjuran PI serta kelas ICT, kemahiran ICT beliau bertambah baik. Kini hasil jualan meluas. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi pelanggan dan jumlah jualan.

Kak Long