TARIKH         : 13 Julai 2018

MASA             : 3.30 petang – 5.30 petang

KETEGORI    : Pelajar sekolah dan lepasan sekolah

LOKASI          : Bilik Latihan PI1M Palong 11

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah dan lepasan pelajar sekolah. Mereka merupakan antara komuniti yang mendiami kawasan Felda Palong 9, 10 dan 11. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan mengenai kaedah komunikasi media terkini seperti panggilan video dalam talian (video call).

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan secara teori mengenai perkembangan teknologi masa kini yang semakin pesat dan canggih. Justeru, petugas mengambil inisiatif untuk menberi pendedahan kepada mereka sekaligus bagi mengelakkan mereka dari keciciran dan ketinggalan dari segi pengetahuan teknologi masa kini. Mereka di ajar untuk membuat penggilan video dalam talian yang di sediakan oleh Google iaitu Google Hangout.

Gambar Disini