AKTIVITI BULAN JANUARI BIL 2
E-PEMBELAJARAN (Maklumat Pelajaran Dalam Talian)
TARIKH : 9 Januari 2018
MASA : 3.30 petang – 5.30 petang
KETEGORI : Pelajar sekolah.
LOKASI : Bilik Latihan PI1M Palong 11
PESERTA : 6 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 6 orang pelajar sekolah di sekitar Palong 9, 10 dan 11. Kelas ini bertujuan untuk membantu mereka mencari bahan-bahan akademik yang di perlukan seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Petugas membantu mereka untuk mendapat maklumat yang mereka perlukan di dalam talian. Sekaligus, ianya menjadikan kaedah pembelajaran mereka lebih menarik dan interaktif.
Aktiviti
Para peserta di beri tunjuk ajar untuk mengoptimumkan penggunaan internet untuk tujuan mereka mencari maklumat dan bahan ilmiah. Petugas mengajar untuk menggunakan enjin carian yang serba lengkap masa kini iaitu “Google” dan cara-cara untuk mendapat sesuatu maklumat yang tepat mengikut maklumat yang ingin di cari. Selain itu, mereka di ajar untuk memperoleh kefahaman akademik mereka melalui penerangan dalam bentuk video di laman “Youtube.com”, “Vimeo.com” dan sebagainya.
Gambar Disini